Info Kesihatan
Salam Tahukah anda apa itu PERLANGSINGAN?LD-Lymphatic Drainage,Salah satu cara toksik dalam badan supaya ia membuka pori-pori untuk memecahkan lemak.BCS-Body Contour System,Rawatan untuk memecahkan lemak kepada minyak lemak melalui pembuangan peluh,air kecil serta besar.kebaikan satu sesi itu bersamaan dengan 360 sit-up dan knee-bend masa 20 minit.DTM-Deep Tissue Manipulation,Proses rawatan menghapuskan selulit menggunakan keadah rawatan mengurut untuk memecahkan dan melembutkan selulit.Sauna-Melakukan rawatan mengeluarkan bendalir yang berlebihan didalam badan.Toning-Proses untuk menengangkan anggota badan yang mengeleber selepas semua rawatan satu hingga empat dilakukan. Kebanyakan wanita mengalami masalah berat badan berlebihan dan agak sukar untuk mengembalikan bentuk badan yang asal atau kekal kerana ia memerlukan ketabahan dan kegigihan.Hanya wanita yang benar-benar rajin mengamalkan diet pemakanan yang betul serta berusaha gigih memastikan tidak mengalami berat badan manakala yang malas rela membiarkan tubuh semakin kembang.Bagi sesetengah wanita sanggup mengikat perut tetapi jika tersilap,ia mungkin akan mengganggu kesihatan diri.Disebalik keghairahan untuk kelihatan cantik dan menarik,pengawalan corak pemakanan amat perlu serta displin yang kuat pada diri seseorang,seseorang itu tidak perlu berlapar kerana perlu mengambil makanan dengan cara teratur,manakala badan akan sentiasa cergas. CARA SIHAT UNTUK AWET MUDA
Semakin meningkat usia,perubahan fizikal setiap manusia tidak dapat dielakkan,gaya hidup yang kurang mementingkan kesihatan seperti merokok,pengambilan makanan berlemak,diet tak seimbang,tekanan kerja dan tidak bersenam menjadikan seseorang itu kelihatan lebih tua dari usianya.Tetapi dengan gaya hidup yang sihat,seseorang itu mampu mengekalkan keremajaan dan melambatkan penuaan.Antara cara yang boleh diikut untuk melambatkan proses penuaan ialah mengamalkan pengambilan makanan secara seimbang dan teratur.Elakkan obesiti dengan mengambil makanan rendah lemak dan lebihkan sayur-sayuran dan buah-buahan yang berserat tinggi seperti lobak merah,nanas dan jambu batu.Herba juga dikatakan baik untuk pengaliran darah.antara herba yang popular untuk kegunaan kesihatan seperti bawabg putih,gingseng dan lada hitam,misalnya bawang putih didakwadapat mencegah selsem,gangguan pernafasan dan penyakit usus.Senaman berterusan boleh meningkatkan ketahanan fizikal dan mental.Ia bukan saja boleh mengurangkan berat badan,malah tekanan darah rendah,mengurangkan tekanan,mengawal tahap gula serta meningkatkan sistem imuniti.Antara perkara yang perlu dipertimbangkan untuk memilih jenis senaman ialah keupayaan dan keadaan kesihatan anda.Ini penting,terutama bagi mereka yang mengalami masalah sakit sendi,sama ada disebabkan artritis,berat badan berlebihan atau penyakit lain.Bagi kumpulan ini pergerakan cergas boleh memburukkan lagi keadaan kerana ia memberi tekanan berlebihan kepada sendi bahagian kaki.Jika ingin berbadan kurus,pastikan wajah anda tidak terlalu cengkung kerana ia boleh menyebabkan anda kelihatan lebih tua dari usia sebenar,minum air mencukupi mampu mengelakkan penyakit kulit dan kulit akan kelihatan menarik.Penampilan luaran juga memainkan peranan penting dalam usaha mengelakkan diri daripada dilihat lebih tua dari usia.Anda perlu bijak memilih fesyen dan aksesori.Sesuaikan pemilihan pakaian dengan usia,kerjaya,keadaan persekitaran dan latar belakang keluarga.Sentiasa perfikiran positif dan menganggap setiap cabaran dan dugaan sebagai pendorong untuk berjaya dan melangkah ke hadapan. Salam semuaMasalah kewangan biasanya tiada kaitan dengan bentuk tubuh seseorang.Bagaimanapun,andaian seumpama itu tidak semestinya tepat selepas kajian sekumpulan penyelidik dari Universiti Mainz Jerman mendapati golongan yang banyak berhutang cenderung menjadi gemuk atau obes.Seorang pakar pemakanan Malaysia tidak menolak kemungkinan kes seumpama itu berlaku memandangkan ada orang terdorong makan banyak semata-mata mahu menghilangkan tekanan hidup.Mereka yang banyak hutang mempunyai risiko lebih tinggi untuk mengalami obesiti,demikian menurut hasil kajian dari jerman baru-baru ini.Kajian tersebut mendapati golongan yang banyak hutang mempunyai potensi 2 kali ganda untuk gemuk berbanding mereka yang dapat menguruskan kewangan dengan berhemat.Menurut kajian itu,walaupun status sosioekonomi jelas mempunyai kaitan dengan kesihatan,ia tidak pula mengaitkan seseorang itu dengan hutang.Untuk menyiasat bagaimana hutang memberi kesan kepada kesihatan,para penyelidik telah membandingkan data yang diperolehi daripada 949 orang yang menerima kaunseling akibat kes hutang kronik dengan satu kumpulan 8.318 orang lain yang dikategorikan tidak banyak hutang.Hasilnya kumpulan sampel yang banyak hutang itu didapati 25 peratus daripada mereka mengalami obesiti.Pada masa yang sama,hanya 11 peratus daripada sampel 8.318 orang yang didakwa mewakili masyarakat umum itu mengalami obesiti.Penemuan itu mendorong penyelidik merumuskan bahawa mereka yang banyak hutang mempunyai risiko 1.97 kali ganda menjadi obes.Namun mereka juga tidak menolak kemungkinan kesan terbalik apabila golongan obesiti menjadi orang yang banyak berhutang ekoran bentuk fizikal tubuh menyukarkan mereka untuk mencari pekerjaan atau pendapatan yang tinggi.Hasil penemuan penyelidik itu tidak di sangkal oleh beberapa pakar pemakanan dan nutrisi Malaysia.Pakar Pemakanan dari Universiti Sains Malaysia (USM) Prof Dr. Wan Manan Wan Muda berkata,kajian itu mungkin benar kerana emosi mampu mempengaruhi tabiat makan.Ada orang banyak makan sebab nak hilangkan kerisauan,namun kaitan antara hutang dan gemuk ini berlaku secara tidak langsung,Keadah menghilangkan kemurungan dengan makan tidak kepada kebaikan malah ianya mendatangkan mudarat sekirannya berterusan. Pakar diet dan nutrisi Universiti perubatan Antarabangsa,Prof Dr.Fatimah Arshad turut bersetuju dengan pedapat tidak wujud kaitan langsung antara masalah hutang dengan tabiat pemakanan.Namun beliau mengakui orang yang mempunyai masalah membayar hutang biasanya mengalami tekanan dan sebagai jalan keluar sementara,mereka makan dan minum secara berlebihan.
Info penyakit dan obesiti+Obesiti merupakan pengumpulan lemak berlebihan di dalam badan.+Kajian mendapati hampir 3 juta rakyat Malaysia mengalami masalah kegemukan atau obesiti pada tahun 2000.+sebanyak 25.6 peratus masyarakat India adalah gemuk,Melayu 22.4 peratus dan Cina 19.5 peratus.Risiko Obesiti -Penyakit kardiovaskular-Strok-Tekanan darah tinggi-Batu hempedu-Diabetes-Paras Kolestrol yang tinggi -Gout-Sakit belakang-Sukar bernafas-Osteoartritis spina.pinggang atau lutut-Gangguan pembuangan air kecil-Penyakit hati-Barah ususSiapa yang tergolong dalam obesiti???
|
|
|
|
|